Assalamualaikum semua pembaca.
Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah berkaitan MLM,Skim Ponzi,Skim Cepat Kaya..Yang mana satu menjadi pilihan hati anda??Syarikat seperti Buluhmas,Etika Emas,ABB Fund,Raja Prepaid,Buy e-Barrel dan berbagai lagi syarikat adalah antara yang telah berjaya mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil daripada skim yang mereka anjurkan.Masih ada puluhan lagi syarikat yang bertopengkan MLM (Multi Level Marketing) yang cuba menarik minat pelabur walhal teknik pemasaran mereka adalah sama sahaja dengan skim cepat kaya yang lain yang dgelar MLM juga iaitu Mengayat Lewat Malam @ Meniaga Lewat Malam.
Tidak dinafikan pada hari ini kadar kenaikkan taraf hidup yg semakin meningkat adalah menjadi punca kepada mereka yang terjebak didalam berbagai skim yang menjajikan kebahagian dan kekayaan yang tidak terfikir oleh akal.Lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru,Kuala lumpur,Klang dll yang rata-rata kadar inflasi adalah lebih tinggi berbanding di mana-mana sub district yang lain.Ada kajian mengatakan kadar inflasi di Malaysia adalah dibawah daripada 3% tetapi di bandar-bandar utama seperti dinyatakan kadar inflasi adalah melebihi daripada purata tersebut.Ini lah punca ramai yang terjebak dengan skim-skim yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan dengan kata-kata manis dan bijak dalam menyusun ayat menjadi punca ramai yang CAIR dengan ayat mereka terutama di kalangan KAKITANGAN KERAJAAN dalam mengejar kekayaan yang entah dimana penghujungnya.
"Jangan takut..Buat je pinjaman di bank dan labur laa didalam syarikat saya.dengan nilai RMxx,xxx.xx anda akan dapat RMxx,xxx.xx setiap bulan.Silap-silap boleh sampai RMxxx,xxx.xx setiap bulan.kalah gaji pegawai awak.Awak nampak abang yang berdiri kat depan pejabat ni,die tu dulu Arkitek tapi sekarang duduk goyang kaki je.Pakai Merz SLK 350,rumah besar dan macam-macam lagi laa.Tu semua hasil dari program ni laa"..Inilah ayat yang selalu didengari dari penjaja cerita pelaburan mengarut ni.Tapi akhirnya diri sendiri yang merana kerana terpaksa menanggung hutang yang berlambak-lambak.
Untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan pelabur perlu mencari pelabur baru untuk ditaja dan mendapat komisen dari tajaan tersebut.Cuba tuan -tuan bayangkan sekiranya dalam 1 kampung hanya ada 100 orang dan kemudian mereka semua mendaftar di bawah saya.hasil yang lumayan akan saya dapat tetapi apa akan jadi kepada 100 org kampung tadi?Siapa yang akan mereka cari untuk menjadi mangsa downline?Jawapnya kena lah pergi kampung sebelah pula dan bagaimana sekiranya habis kampung sebelah pula?kena pergi negara jiran pula ker?kalo satu dunia dah habis masuk nak cari dimana pula?Takkan nak cari di planet sebelah pula?nak ajak makhluk asing masuk skim merek ni pula?Fikir-fikirkan la...
Tapi bukan semua jenis pelaburan adalah berunsur penipuan.Disini saya ada 5 cadangan pelaburan yang terbaik untuk tuan-tuan renung-renungkan yang mana risikonya adalah lebih rendah:-
1)Pelaburan Emas Fizikal
2)Pelaburan Hartanah
3)Pelaburan Barang Antik
4)Pelaburan ASB
5)Pelaburan Unit Trust
Jadi pilihan ditangan anda semua.Jadilah pengguna bijak.Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkara diatas boleh berhubung terus dengan saya.
Sekian,Wassalam.......
No comments:
Post a Comment