Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya diberi kelapangan dalam memberi sedikit komen berkenaan emas..
Kalau sebelum ini (lebih kurang dalam setahun) seperti yang kita tahu sudah ramai yang mula berjinak jinak dalam pelaburan emas dan juga perniagaan emas tanpa kedai@kedai mamak.Tapi kini ramai ejen-ejen yang mula menggelabah dan juga mula menyepikan diri mereka dari menjadi buruan pelabur yang menagih semula dulunya dijanjikan dengan janji manis yang akhirnya memakan diri.Blog-blog ejen juga tidak di update seperti semasa masih hot@panas dulu yang dipenuhi dengan teknik dan juga keputusan analisis yang didambakan sebagai yang terbaik di Abad ini.Tapi sekarang yang tinggal hanyalah kutuk mengutuk dan kata mengata.Dulunya kawan kini menjadi lawan.
Seperti mana yang kita semua tahu semenjak Ar-Rahnu Agro bank dan Yapeim menolak pajakan semua jenis jongkong dan dinar ramai pelabur yang menggelabah dan juga tidak tahu kemana arah tuju mereka.Kebetulan pasaran emas yang lembab seketika lagi menggamatkan keadaan pasaran.Apa yang ejen dan master lakukan?Dimana mereka ni disaat pelabur memerlukan pandangan terbaik mereka?Akhirnya yang mengambil kesempatan atas kesusahan pelabur adalah ejen dan juga master mereka sendiri.Jadi ape bezanya mereka dengan Ah Long?Ini adalah penindasan bukan?
Kebanyakkan pelabur sekarang dijanjikan dengan pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan secepat mungkin.Ini mungkin kerana pengalaman pelaburan skim cepat kaya telah mengajar mereka (mesti tarik modal balik dulu).Tapi perlu anda sedari tiada perniagaan yang terus boleh untung banyak dalam sekelip mata tanpa usaha dan skill dalam perniagaan.
Para pelabur perlu ingat pelaburan emas adalah long term investment.Jadi apa yang ingin ditakutkan.Ini kerana di Malaysia wang kertas adalah menjadi tonggak utama dalam urusan kewangan.Jadi faham-faham lah.
Akhir kata dari saya para pelabur dan juga peniaga emas tak berkedai ni duduk laa semeja.Bincang bagaimana nak selesaikan permasalahan ini untuk mengelak dari ada yang ditindas.Anda perlu bersatu untuk menjadi satu pasukan yang berjaya.
p/s : Ada yang berkata tentang kejujuran dan keikhlasan tapi adakah mereka jujur dan ikhlas juga?jangan hanya pandai menyuruh dan menasihati orang lain supaya jujur dan ikhlas kalau kita sendiri tiada sifat keduanya itu.
berminat menjadi agent emas dengan modal rm 1000.paling murah setakat ini... anda dibayar komisen yang tinggi iaitu rm 15/gram emas.. nak tahu apa kelebihannya lagi hubungi saya 0134594686 atau layari blog saya di click sini
ReplyDelete