Assalamualaikum dan salam bakal jutawan kepada semua.
Apakah itu pelaburan?
Pelaburan ialah Komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi.
Lazimnya pelaburan terdapat dalam dua bentuk iaitu Pelaburan Fizikal yang meliputi hartanah, kilang,emas dan lain-lain bentuk fizikal yang ketara manakala yang kedua adalah Pelaburan Kewangan merangkumi sekuriti seperti saham, bon, waran dan bentuk-bentuk kewangan yang tidak ketara.
Tapi disini apa yang ingin saya tekankan ialah bekaitan dengan kekuatan emas dalam mempengaruhi kewangan.Fenomena di Malaysia sekarang terutama dikalangan orang MELAYU kita sekarang ialah pelaburan jenis 4D iaitu Duduk Diam Dapat Duit (bukan no ekor 4D ye) ataupun skim Ponzi dalam bahasa yang dikenali ramai(alah...macam kes Ustaz H dalam kes mengutip deposit 200j tu).Begitu juga yang terjadi didalam pelaburan emas.Ada Tok Guru yang berkata kepada saya "kau beli emas hari ni dengan aku 20k dan aku akan ajar ko cara untuk menggandakan keuntungan kepada 100k dalam 2 bulan"..Kepada siapa yang berkata boleh buat untung yang berlipat kali ganda tanpa masuk akal seperti ini adalah seumpama manusia boleh melihat jin tuan-tuan.ini adalah bermakna mustahil.Dan akhirnya sekarang dapat kita lihat akibat janji-janji manis Tok Guru Ajaran Sesat Dalam Pelaburan Emas ramai yang disamping berhutang dengan bank kerana buat personal loan untuk beli emas,emas mereka juga sekarang tergadai tanpa ditebus di ar-rahnu bank dan pajak gadai yang mana akhirnya akan menganggu pelabur lain.Sampai bila keadaan ini akan berlanjutan?
Emas adalah satu komoditi yang boleh dijadikan satu alat yang digunakan dalam bentuk pelaburan fizikal.Ini bermakna sekiranya jika kita panggil pelaburan fizikal ia juga terletak dibawah pengaruh risiko tetapi apakah risiko dalam pelaburan emas?
Jika tuan melabur di bank atau saham dalam bentuk wang kertas yang sedia ada sekarang apakah keuntungan dan juga risiko yang tuan-tuan akan hadapi?
Inilah yang selalu menjadi dilema kepada semua pelabur dalam memilih pelaburan yang terbaik bagi diri mereka?
Jadi bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkara ini boleh berhubung terus dengan saya.
*Untuk pengetahuan tuan-tuan semua saya bukanlah ejen kepada mana-mana syarikat emas yang sedang giat merekrut ejen baru atau menjual produk mereka.
No comments:
Post a Comment