11/06/2011 2:35am
NICOSIA 11 Jun – Pasukan keselamatan Syria menembak mati kira-kira 28 penunjuk perasaan di seluruh negara, terutamanya di wilayah Idlib, semalam.
Menurut Ketua Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria yang berpengkalan di London, Rami Abdel Rahman, tentera Syria melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi di seluruh negara selepas sembahyang Jumaat.
“Setakat ini, seramai 11 orang terbunuh di bandar Maaret al-Numan, enam di bandar pelabuhan Latakia, dua di Deraa dan tiga di daerah Qabun, Damsyik,” katanya. – Reuters/AFP
No comments:
Post a Comment