Wednesday, 27 July 2011

MAKLUMAN PENTING.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Kepada semua pemilik barangan mistik yang ingin dimaharkan sila hubungi saya dengan secepat mungkin di talian 017-8265747 kerana kita akan mengadakan proses pindah milik dalam masa terdekat ini.Senarai barang boleh lihat pada artikel yang terdapat sebelum ini..

Sekian terima kasih.

Monday, 25 July 2011

DAHSYATNYA HARI KIAMAT KELAK..BERSEDIAKAH KITA?

Assalamualaikum.... sila baca dan hayati bagaimana kita nak menghadapi beratus ribu tahun akhirat nanti berbanding dengan dunia yang hanya puluhan tahun aja...





Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
 

Assalamualaikum..Makluman Penting..

Kepada semua pembaca yang dihormati..Sila hubungi saya ditalian 017-8265747 untuk buat temujanji.Deal terkini dalam masa terdekat dalam minggu ini.Kepada sesiapa yang ingin memaharkan barang yang dimiliki boleh hubungi saya secepat mungkin.Terima Kasih.

Saturday, 9 July 2011

Assalamualaikum...

Kepada semua pembaca dan yang ada buat temujanji dengan saya,disini saya ingin minta maaf kerana no telefon yang saya gunakan tidak dapat dihubungi atas masalah yang tidak dapat dielakkan.Saya juga tidak dapat menghubungi tuan-tuan kerana segala data panggilan no tuan-tuan tiada dalam simpanan pendua.Setelah berbincang dengan pihak syarikat telekomunikasi no telefon yang saya gunakan sekarang hanya akan dapat di keluarkan semula pada esok sebelah tengahari.saya akan masih berada di sekitar KL sehingga semua janji dapat dipenuhi.Diharap tuan-tuan dapat menghubungi saya semula esok pada jam lebih kurang jam 2 petang.sekian terima kasih dan maaf pada semua.

Thursday, 7 July 2011

BENARKAH ANGKA INI ADA KAITAN DENGAN DAJJAL??

9-11
Illuminati dan para freemason amat menekankan dengan sihir nombor seperti mana Allah juga mempunyai nombor-nombor yang misteri dalam Al Quran. Nombor-nombor mereka tidak banyak hanya 3, 7, 9,11,13, 33, 39. Manakala misteri nombor-nombor dalam Al Quran tidak terkira banyakknya. Nombor-nombor Iluminati adalah nombor-nombor yang dipilih dan dipuja dengan mentera supaya mendapat pertolongan syaitan, iblis, jin kafir dan Dajjal supaya mendapat pertolongan mereka. Maka, sekirannya masa itu telah tiba, akan datanglah laknatullah ini bagi menjayakan segala perancangan Iblis menyesatkan dan memusnahkan manusia tidak mengira Islam atau bukan Islam asalkan cucu cicit Adam dan Hawa. 

Perancangan jahat Illuminati juga berkisar dalam nombor-nombor tersebut. Ia memudahkan kita sebagai umat nabi muhamad agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan permainan Dajjal.

9-11 - Tragedi runtuhan World Trade Center telah memberikan impak yang amat besar pada umat islam sedunia. Sudah tentu masa itu telah disihirkan. 

Tragedi World Trade Centre (WTC) 11 September 2001 mungkin tidak akan pernah dilupakan dalam sejarah dunia.Konon kabarnya kejadian ini sudah diramal ratusan tahun sebelumnya oleh peramal Nostradamus. Namun ternyata ada misteri lain di sebalik peristiwa ini, misteri angka 11. Mungkin bermula dari kedudukan menara kembar yang menyerupai dua buah angka satu (11) atau mungkin peristiwa ini terjadi di tanggal ke-11.Berikut alalah misterinya.......

Misteri yang menghubungkan tokoh/tempat dengan angka 11 :

1. New York City memiliki 11 huruf.
2. Afghanistan memiliki 11 huruf.
3. Ramsin Yuseb ( pengganas yang menyerang WTC ) memiliki 11 huruf.
4. George W Bush memiliki 11 huruf.
5. WTC membentuk angka 11.

1. New York adalah negara bagian ke 11.
2. Pesawat pertama yang melanggar WTC memiliki nombor penerbangan ke 11.
3. Pesawat itu mengangkut 92 orang penumpang, 9+2 = 11.
4. Pesawat kedua yang melanggar WTC mengangkut 65 orang penumpang,6+5= 11.
5. Tragedi itu terjadi pada 11 September, 9/11, 9+1+1 = 11
6. Tanggalnya sama dengan Nombor Kecemasan Amerika yaitu 911, 9+1+1 = 11.

Jika fakta yang umum diatas masih dianggap kebetulan belaka, maka mari kita cuba teliti lebih dalam lagi.

1. Kejadian ini merupakan kemalangan pesawat yang ke 254, 2+5+4 = 11.
2. September 11 adalah hari ke 254 dalam tahun itu, 2+5+4 = 11.
3. Pengeboman Madrid terjadi pada tanggal 3/11/2004, 3+1+1+2+4 = 11.

Bagaimana? masih penasaran? Sebagai analisis terakhir, mari kita lakukan bersama-sama dengan data yang ada. Pertama, sila buka Microsoft Word di laptop/PC anda. Kemudian ikuti petunjuk dibawah.

1. Taip Q33 NY, ini adalah nombor pesawat pertama yang melanggar WTC.
2. Tebalkan (bold) Q33 NY.
3. Ganti ukuran font menjadi lebih besar ( 48 atau 72 ).
4. Ganti jenis font menjadi WINGDINGS 1
5. Jika anda sudah mencuba pasti anda akan terkejut melihat apa yang terjadi.

Memang susah di percayai. Akan Tetapi nyatanya 11 Adalah Angka Yang Misteri



7-11 pula adalah rangkaian syarikat yahudi yang keramat. Nombor-nombor itu telah mendapat pertolongan dari Dajjal. Sebagaian dari keuntungan 7 Eleven telah banyak menyumbang pada pembinaan negara Israel dan penghancuran Palestine. 



*pemikiran dari sudut positif diperlukan bagi artikel ini dari pembaca.Tq..


dipetik dari : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=247691

Tuesday, 5 July 2011

SENARAI BARANG YANG DIKEHENDAKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..berikut saya senaraikan barang yang dicari(tempahan) :-

1.Delima Merah
2.Buntat Lipan
3.Rantai Baxx
4.Batu Tempurung
5.Sirih Hitam
6.Ayam Selasih
7.Rotan Buku Bertemu Ruas
8.Buluh Buku Bertemu Ruas
9.Keris Berdiri
10.Mani Gajah Putih

Utk info lebih lanjut boleh hubungi saya secara terus.call/sms..

Sunday, 3 July 2011

KEHEBATAN BANGSA MELAYU..TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA...



Piramid melayu tersembunyi di lautan jepun


Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi
sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih
mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para
pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa 
Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan
tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan
itu adalah : mata, batu dan air.


Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur
piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam
laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia
piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi
dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang 
dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira
5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih
dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya
struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access
denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah
menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban
dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini
kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia
dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah
mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan,
beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba 
yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistik
Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang 
prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri 
kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ;
Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak)
atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh 
popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti
di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang 
mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan
mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan
pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila 
dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada
usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah
menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti
Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas
itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada
sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen
Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodig
i luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen 
Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa
 hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka 
serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis
 Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk
 membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara
 gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes
 perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan 
kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?
 Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu
 degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh 
terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan
 menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian
 Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untu
k mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya
 di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri,
 saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir
 Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada 
menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu 
yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya
 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa
 lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina
 berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah 
Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan 
yang sama. 

MELAYU - THE LOST TRIBE

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x545.

Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah 
Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud 
Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah in
i sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba 
menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan
 Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah
 mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual
 mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjad
i di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang 
membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar
 monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun
 dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaa
n lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak 
ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengena
li bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci
 ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zioni
s menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'.
 Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji
 secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno)
 dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh
 adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian 
daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israe
l, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s.
 Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa
 Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai
, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelu
m kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong,
 Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia
 Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam
. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropa
h di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangs
a asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, 
atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 
(puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di
 Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi 
campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu
 puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof
, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi 
Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

mbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betap
a hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan
 gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-


ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,


Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan
 dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka,
 kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas
, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjat
a-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar
 gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal
 Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpa
n dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang 
bertopengkan sang penyelamat.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1000.

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana
 itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa 
gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam
 bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan 
bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot 
ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya
 adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang 
merentasi dari :

* UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
* TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
* TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
* SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris
 diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati
 sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di 
arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yan
g agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda
 bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu 
boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan
 hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu
. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan
 bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :



"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur 
tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."

-Nostradamus






MELAYU DAN YAHUDI


Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang sat
u bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi 
Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang 
hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak
 yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’
 Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh
 Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan
 golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat
 (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat 
banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.


Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa
 yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan
 sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]


Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahka
n hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala
 (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam
 tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.



Wallahualam...